Malam pertama sebenarnya menjadi waktu yang tepat bagi kedua pasangan untuk menciptakan fantasi seksual yang diinginkan. Namun kurangnya pengalaman dan proses belajar membuatkan seseorang menjadi malu dan resah ketika disentuh pasangan. Untuk mengatasi rasa malu saat berhubungan intim terutama saat pasangan menyentuh zon erotis, ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan.
Yakin Pada Diri Sendiri
Bersihkan tubuh dan pakailah wangi-wangian yang boleh membantu membuatkan anda yakin pada diri sendiri. Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Apabila anda bertenang maka secara tidak langsung pasangan anda juga akan tenang. Dengan cara ini juga perasaan malu dapat disingkirkan sedikit demi sedikit.
Rileks Dan Pasrah Terhadap Pasangan Anda
Anda sudah pun memilih wanita/ lelaki itu sebagai pasangan hidup jadi apa sahaja milik anda maka ia juga milik si dia begitu jugalah sebaliknya. Nikmati setiap sentuhan dan usapan daripada pasangan secara mendalam.
Jangan Mengeluh
Jangan malu dengan bentuk fizikal anda. Biarkan pasangan mengeksplorasi tubuh anda dengan bebas. Anda juga boleh berbuat demikian. Anda dan pasangan punya hak dan kewajipan untuk dilangsaikan.
Jalin komunikasi
Rasa malu itu muncul kerana kurangnya komunikasi dengan pasangan. Jika anda gugup saat pertama kali disentuh pasangan ini merupakan perkara biasa. Maka sebab itulah komunikasi itu amat penting kerana ia boleh membina keyakinan antara anda dan pasangan.
Berkata Jujur
Nah kalau masih ada perasaan malu dan muncul rasa gugup saat berdua dengan pasangan, alangkah baiknya anda berkata jujur pada pasangan tentang rasa gugup yang anda alami itu. Apabila berkata jujur anda akan berasa lega dan lebih tenang. Paling utama, pasangan anda akan berusaha menenangkan anda.
Ungkapkan Rasa Kasih Sayang Anda
Saat anda merasa sangat malu untuk melayari bahtera, ungkapkan kata-kata sayang kepada pasangan. Apabila sudah mengungkapkan kata-kata sayang, anda dan pasangan akan berasa diri masing-masing lebih bersedia untuk langkah yang ‘lebih serius.’