7 Perbuatan Yang Diharamkan Dalam Islam Ketika Bersetubuh Dengan Isteri...Perkhawinan adalah satu ikatan halal untuk melakukan hubungan suami isteri namun ia perlu bergantung kepada halal dan haram ketika bersama....


Perkhawinan adalah satu ikatan halal untuk melakukan hubungan suami isteri namun ia perlu bergantung kepada halal dan haram ketika bersama....

1. Haram jima' ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas, wiladah dan selepas mandi hadas besar.

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah 'Haidh itu adalah suatu kotoran' oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci, apabila mereka telah suci maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah, Ayat 222).

Dari Masruuq B Ajda'i berkata, "Aku telah bertanya kepada Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang haid" Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh). (Riwayat Bukhari).

2. Haram jima' melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri. "Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya."(Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah.)

3. Haram Jima' membawa ayat-ayat Al-Quran, Nama-nama Allah, Nabi, Malaikat dan lain-lain seperti azimat.

4. Haram jima' dalam masjid / surau.

5. Haram jima' sedang berpuasa di bulan ramadhan.

6. Haram jima' sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

7. Haram jima' di tempat terbuka (tempat awam).
7 Perbuatan Yang Diharamkan Dalam Islam Ketika Bersetubuh Dengan Isteri...Perkhawinan adalah satu ikatan halal untuk melakukan hubungan suami isteri namun ia perlu bergantung kepada halal dan haram ketika bersama.... 7 Perbuatan Yang Diharamkan Dalam Islam Ketika Bersetubuh Dengan Isteri...Perkhawinan adalah satu ikatan halal untuk melakukan hubungan suami isteri namun ia perlu bergantung kepada halal dan haram ketika bersama.... Reviewed by GEBAH on 09:02 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close