Nasihat Sentap Dari Ustad Kepada Suami 3 Hari Tak Balik Rumah Kerana Gaduh Dengan Isteri (membebel)....
Nasihat Sentap Ustad Pada Lelaki 3 Hari Tak Balik Rumah Kerana Gaduh Dengan Isteri Kuat Membebel.
Saya pergi bank tadi. Jumpa seorang lelaki kerja dekat situ. Dia kata pada saya ustaz. Saya hormat dan kenal ustaz.
Saya bergaduh dengan isteri dan 3 hari saya tak balik rumah. Isteri saya tak hormat saya. Saya tak faham perangai perempuan ni ustaz. Langsung tak faham. Pening kepala saya.
Dia sibuk kerja dan urus anak-anak.
Dia tak pedulikan saya.
Kuat marah jer. Jerit-jerit.
Dia asyik menolak jika ajak bersama.
Dia macam tak suka untuk bersama.
Dia suka minta yang bukan-bukan.
Dia kuat merajuk 24 jam.
Tak reti urus diri..
Akhirnya dia minta bukan-bukan dan ingin bercerai bila marah..
Nak jumpa perempuan yang baik susah ustaz. Tiada macam zaman mak kita dulu-dulu. Kenapa perempuan hari ini tak macam mak kita dulu-dulu.
Saya diam…dia tanya lagi kenapa ya ustaz?
Allah sayang abang. Bila sebut wanita saya suka ingat ibu yang tercinta dan bidadari saya. Jika abang nak perkara ini selesai. Cuba fahami apa saya nak katakan ini. Kerana Allah dengarkan yer..
Sebab wanita hari ini diuji lebih besar dan berat. Suasana hari ini terlampau sibuk sama ada wanita bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Keduanya tiada rehat. 24 jam kerja dan urus rumahtangga 24 jam tanpa rehat. Sekolah anak jauh.
Kita sebagai suami kerap tiada di rumah. Sibuk tuntuan kerja rezeki halal dan tanggungjawab luar.
Di rumah sekejap tapi macam terpisah sebab masing-masing sibuk kerja dengan hp atau gadget.
Isteri tak sempat urus diri pun. Isteri kita pergi tandas pun lari-lari tengok anak. Kemas rumah 50x sehari. Anak sepahkan lagi. Kekangan tempat kerja.
Tiada istilah tidur sempurna. Tidak makan dengan sempurna. Tidak berjalan dengan sempurna. Mereka cuma hidup buat suami dan anak-anak kerana Allah..
Kita tak faham mereka sebab tu mereka tidak hormat pada kita.Kita nak mereka layan kita. Kenapa tidak kita yang layan mereka. Cari kesukaan mereka. Kegembiraan mereka.
Mereka salah dan berdosa. Kita ketua keluarga 2 kali salah dan berdosa jika tak bimbing mereka. Mereka ialah amanah Allah buat kita lelaki.
Mereka tidak minta lebih. Cuma suami yang mendengar dengan rasa. Bila dah suka semuanya mereka korbankan. Dah sakit hati semua jadi tak kena. Hati ni raja. Tawan disitu segalanya jadi manis.
Maafkan saya, bila seseorang cuma sebut buruk pasangan itu maknanya kita yang tak baik. Orang baik selalu nampak dirinya salah. Itulah Islam. Bila kita rasa diri kita betul dan orang lain salah itu tandanya hati kita kena barah.
Itu hati yang bersih. Ini semua salah saya.Masa bila mereka nak layan atau cantikkan diri. Masa ke tandas pun tak sempat-sempat. Urus diri pun takde masa.
Kita bantu beri mereka rehat dan waktu berjalan. Kita tolong jaga anak. Sekali sekala berdating berdua.
Kita harap mereka senyum dan sambut kita. Kita tak pernah beri kejutan hadiah dan lafazkan kata cinta pada mereka.
Kita tak bahagiakan hati mereka dengan Nur Al-Quran dan hadis Nabi saw.
Tidak bawa ke majlis Ta’lim.
Tidak bawa berdakwah dan belajar iman.
Bagaimana mereka nak bahagia dan sentiasa senyum tanpa hati tenang. Jaga solat bersama. Buat Ta’lim bersama.
Jaga solat awal waktu berjemaah. Minta pertolongan Allah. Kita perlu bantuannya dalam membimbing isteri dan anak-anak.
Malam-malam ada tak sebut nama pasangan kita. Menangis doakan keampunan buat mereka. Itu cara bercinta sehidup sematiMereka perlukan rehat dan diisi rohani dengan Islam.
Abang tadi sebak kata bagaimana ustaz boleh sebut semua ini dengan banyak?
Kata saya sebab mak saya selalu pesan sayangi wanita dalam hidup ini. Kerana dengan itu kita disayangi di langit. Kita disayangi oleh Allah..
Abang tadi sebak dan kata betul kata ustaz. InsyaAllah saya akan berusaha menjadi lebih baik. Saya rasa nak balik sekarang dan menjadi suami yang baik
Nasihat Sentap Dari Ustad Kepada Suami 3 Hari Tak Balik Rumah Kerana Gaduh Dengan Isteri (membebel)....
Reviewed by GEBAH
on
09:12
Rating:
No comments: