5 Dugaan Ketika Bertunang...Semakin lama tempoh bertunang, semakin banyak dugaan yang mendatang. Jika sebelum bertunang jarang masalah berlaku namun selepas bertunang, masalah yang kecil menjadi masalah besar.
Semakin lama tempoh bertunang, semakin banyak dugaan yang mendatang. Jika sebelum bertunang jarang masalah berlaku namun selepas bertunang, masalah yang kecil menjadi masalah besar.
Apabila Iman seseorang itu lemah maka mudahlah syaitan menjadi orang tengah. Mengapa semasa bertunang banyak masalah berlaku? Ini kerana syaitan tidak suka jika umat Muhammad menjalinkan sebuah ikatan yang sah dimata Allah. Maka sebab itulah amat penting untuk anda dan pasangan kuat untuk melalui fasa ujian tersebut.
Antara dugaan yang perlu dihadapi oleh pasangan yang sedang menanti hari bahagia antaranya ialah:
Perasaan Ragu-Ragu
Mungkin akan timbul perasaan ragu-ragu sama ada benarkah si dia pilihan anda. Jangan begitu. Tetapkan pendirian anda bahawa si dial ah calon pasangan hidup anda yang paling ideal. Buang jauh-jauh perasaan raggu-ragu itu kelak ia akan membuatkan hubungan anda dan tunang menjadi hambar.
Cemburu Buta
Kadang-kadang mungkin anda dan pasangan akan mula rasa cemburu. Tanpa sedar anda terlalu mengawal pasangan sehingga pasangan menjadi rimas. Jika anda ada sikap begitu, segera hentikan. Tiada baiknya meneruskan sikap itu kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.
Masalah Kewangan
Ketika ini anda dan pasangan haruslah berjimat-cermat. Mantapkan kewangan anda. Ia penting sebagai persediaan menghadapi kehidupan berumahtangga. Rancang kewangan dengan betul. Mungkin anda dan pasangan boleh kurangkan makan di tempat yang mahal ketika bertemu waktu hujung minggu atau mengelak membeli barang-barang yang tidak berfaedah.
Perubahan Sikap Pasangan
Ketika bercinta semuanya indah. Masing-masing hanya menunjukkan perilaku yang baik-baik sahaja. Namun ketika melalui fasa pertunangan sikap sebenar masing-masing sudah mula kelihatan. Bertenanglah. Inilah realiti yang perlu anda dan pasangan lalui. Ia juga sebagai pelajaran kepada diri .
Gangguan Orang Ketiga
Inilah dugaan yang paling bahaya. Mungkin selepas bertuang bekas kekasih anda datang menagih kasih semula atau mungkin ada orang lain yang cuba menganggu hubungan anda dan pasangan. Ketika ini, tetapkan hati anda pada pasangan anda sahaja. Yang lepas, anggaplah ia sebagai kenangan. Padamkan terus ingatan anda terhadap bekas kekasih. Jagalah ikatan pertunangan yang telah dimeterai dan tutup pintu hati anda untuk lelaki/wanita yang lain kerana tunangan anda adalah insan terbaik untuk anda.
Antara dugaan yang perlu dihadapi oleh pasangan yang sedang menanti hari bahagia antaranya ialah:
Perasaan Ragu-Ragu
Mungkin akan timbul perasaan ragu-ragu sama ada benarkah si dia pilihan anda. Jangan begitu. Tetapkan pendirian anda bahawa si dial ah calon pasangan hidup anda yang paling ideal. Buang jauh-jauh perasaan raggu-ragu itu kelak ia akan membuatkan hubungan anda dan tunang menjadi hambar.
Cemburu Buta
Kadang-kadang mungkin anda dan pasangan akan mula rasa cemburu. Tanpa sedar anda terlalu mengawal pasangan sehingga pasangan menjadi rimas. Jika anda ada sikap begitu, segera hentikan. Tiada baiknya meneruskan sikap itu kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.
Masalah Kewangan
Ketika ini anda dan pasangan haruslah berjimat-cermat. Mantapkan kewangan anda. Ia penting sebagai persediaan menghadapi kehidupan berumahtangga. Rancang kewangan dengan betul. Mungkin anda dan pasangan boleh kurangkan makan di tempat yang mahal ketika bertemu waktu hujung minggu atau mengelak membeli barang-barang yang tidak berfaedah.
Perubahan Sikap Pasangan
Ketika bercinta semuanya indah. Masing-masing hanya menunjukkan perilaku yang baik-baik sahaja. Namun ketika melalui fasa pertunangan sikap sebenar masing-masing sudah mula kelihatan. Bertenanglah. Inilah realiti yang perlu anda dan pasangan lalui. Ia juga sebagai pelajaran kepada diri .
Gangguan Orang Ketiga
Inilah dugaan yang paling bahaya. Mungkin selepas bertuang bekas kekasih anda datang menagih kasih semula atau mungkin ada orang lain yang cuba menganggu hubungan anda dan pasangan. Ketika ini, tetapkan hati anda pada pasangan anda sahaja. Yang lepas, anggaplah ia sebagai kenangan. Padamkan terus ingatan anda terhadap bekas kekasih. Jagalah ikatan pertunangan yang telah dimeterai dan tutup pintu hati anda untuk lelaki/wanita yang lain kerana tunangan anda adalah insan terbaik untuk anda.
5 Dugaan Ketika Bertunang...Semakin lama tempoh bertunang, semakin banyak dugaan yang mendatang. Jika sebelum bertunang jarang masalah berlaku namun selepas bertunang, masalah yang kecil menjadi masalah besar.
Reviewed by GEBAH
on
06:38
Rating:
No comments: