KEHIDUPAN LEBIH SUKAR

Semasa masih bujang, anda mungkin fikir bahawa berkahwin adalah mudah. Kehidupan akan sentiasa bahagia. Tapi, ketika anda memasuki perkahwinan, kehidupan akan rasa lebih sukar daripada apa yang dibayangkan. Tetapi, tak perlu bimbang kerana semua orang yang berumah tangga pasti akan mengalami masa-masa sukar dan akan melaluinya dengan baik.

TIDAK TERLEPAS DARI MASALAH

Tak kisah secantik mana isteri anda, tiada wanita yang sempurna. Dia mungkin ada kisah masa lalu yang tidak bagus. Tapi yang perlu anda fahami, masa lalu tidak menentukan masa depan. Jadi tak perlu menilai peribadinya hanya dari kejadian masa lalu. Anda harus mula memikirkan ini dari sekarang agar bersedia menghadapi kenyataan dalam rumah tangga.

CALON ISTERI ANDA MUNGKIN TIDAK SEPERTI IBU ANDA

Anda mungkin mengagumi sifat ibu dan kelak ingin mempunyai isteri dengan sifat seperti ibu. Namun, tiada yang boleh memberi jaminan tentang hal ini. Kerana, calon isteri anda pasti mempunyai sifat yang berbeza dengan ibu. Jika anda telah memilih isteri yang baik, biarkan dia baik versi dirinya sendiri. Tak perlu memaksanya untuk berkelakuan seperti ibu anda.

HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERKAHWIN

Melakukan hubungan kelamin selepas perkahwinan adalah sesuatu yang akan membuat anda rasa puas dan bangga. Sebab, penantian selama ini akhirnya boleh anda dapatkan dengan isteri yang dicintai. Anda tak perlu lagi malu membicarakan tentang hubungan kelamin dan kehidupan di atas katil anda setiap malam.