Isteri Terlalu Kuat Pegangan Agama, Suami Pening Kepala....suami-isteri yang baru menikah mengadu mengalami masalah rumahtangga. Si isteri bertudung labuh, purdah dan luas pengetahuan ilmu agama
Ada satu pasangan suami-isteri yang baru menikah mengadu mengalami masalah rumahtangga. Si isteri bertudung labuh, purdah dan luas pengetahuan ilmu agama. Rajin 'like' page masyaikh salafi, muhadith dan tokoh ilmuan.
Namun si isteri selalu melawan cakap suaminya. Kerana bagi dia kebenaran itu lebih utama untuk diikuti dan kerana itu dia selalu menolak pendapat atau arahan suaminya atas alasan arahan suami itu tidak menepati kebenaran atau kurang sahih disisinya. Mohon pendapat ustaz.
Aljawab,
1. Islam tidak mensyaratkan seorang suami itu mesti jadi mujtahid atau bergelar ustaz. Justeru boleh saja seorang isteri menjadi lebih alim, faqih, faham, mengaji lebih tinggi dari suaminya.
Namun itu sama sekali bukanlah penyebab kepada isteri untuk tidak mentaati suaminya dalam semua hal kecuali apa yang diharamkan oleh Allah secara jelas dalam al-Quran.
2. Kejadian di atas ialah akibat sikap tidak realistik sesetengah wanita Islam yang membesar dalam situasi atau bi'ah (suasana) Islamik buatan yang tidak berbentuk fitrah dan tabi'ie.
Maksudnya, mak bapanya mungkin orang kaya. Kerja sebagai hakim, jurutera, doktor yang berwang banyak lalu ;
-Hantar anak ke sekolah Islamik yang elit dengan yuran yang mahal. (Anak nelayan tak mampu nak masuk sekolah tersebut).
- Ibubapa besarkan anak dengan memanjakannya serta beri hidup serba lengkap, mudah dapat apa yang diinginkan.
- Ibubapa suka anak-anak lepas kahwin tinggal sekali dengan mereka, buat bilik banyak-banyak dalam rumah.
- Keluarganya jenis beli kereta atau barang secara 'cash' almaklum nak elak riba. (Kalau orang miskin dan Kerja kilang tak mampu terpaksalah beli guna pinjaman)
- Keluarganya jenis kalau sakit ke pusat rawatan swasta yang ada gaya-gaya Islamik sikit.
Al-hasil, anak perempuan mereka biasanya menjadi dominan, banyak bercakap, menguasai suami dan selalu menentukan keputusan rumahtangga jika bernikah. Mereka selalu keluarkan ayat 'Kenapa tak boleh?
Bagi mereka semua benda mudah dan macam nampak senang. Mereka mudah kritik orang lain, ustaz, pendakwah dan sesiapa yang mereka tak suka sebab bagi mereka tak sepatutnya begitu dan begini.
Selalunya juga muslimah begini suka dengan idea-idea besar seperti khilafah, daulah Islamiyyah dan hal-hal 'grandious' macam jihad, dakwah dan isu-isu semasa seperti revolusi bla2.
3. Wanita seperti ini kalau menikah dengan ustaz atau ulama' seperti Syeikh Abd Aziz al-Torifi (pakar hadith) pun mereka akan bermasalah sebabnya mereka sentiasa akan jumpa hal-hal yang negatif dan menumpukan seluruh benak dan emosi fikir mereka pada perkara yang negatif tersebut.
Syeikh atau ulama pun manusia, ramai juga masyaikh yang bercerai dan bermasalah rumahtangga. Jadi walau pun wanita seperti ini sukakan lelaki bertambah, jubah, berstatus dalam agama mereka belum tentu bahagia kerana menghadap masalah pada pancaindera jiwa mereka iaitu,
Masalah hati.
Jika hidung ialah alat untuk menghidu wangi maka hati ialah alat untuk merasai bahagia.
Jika hidung tersumbat maka wangi tidak akan dapat dicium walaupun kita terjun dalam tong minyak wangi.
Begitu juga hati yang bermasalah tidak akan mampu menikmati bahagia walaupun kita sedang bergelumang di dalamnya.
4. Talbis Iblis cukup dahsyat, dia tidak mengoda orang soleh dengan 'pujukan buat maksiat' kerana dia tahu orang soleh tak akan terima. Tetapi dia goda orang soleh dengan tawaran2 ibadah, hal yang nampak baik tapi sebenarnya bathil dan bawa akibat buruk.
Kata al-Hasan bin Soleh,
إن الشيطان يفتح للعبد تسعة وتسعين بابا من أبواب الخير ليدرك به بابا واحدا من أبواب الشر
'Sesungguhnya syaitan akan membuka 99 pintu kebaikan kepada seseorang untuk menjerumuskannya ke dalam satu pintu kejahatan.'
Begitu juga syaitan mengoda wanita yang kuat agama agar melawan suami dan menentang arahannya dengan alasan ianya tidak rojih, tidak tepat atau tidak menepati kebenaran sedang hanya Allah yang mengetahui sesuatu kebenaran itu secara pasti.
5. Para wanita salaf amat menghormati suami mereka, cukup taat dan patuh pada suami selama tidak mengandungi maksiat atau dosa kepada Allah. Bahkan ada dikalangan mereka diuji dengan suami yang buruk namun mereka bersabar dan tetap istiqamah melayani suami dengan baik sehingga Allah mengantikan bagi mereka suami yang baru atau pahala atas kesabaran mereka.
6. Malangnya kerap berlaku campur tangan keluarga, apabila keluarga isteri kerana 'sayangkan anak perempuan mereka' ikut campur urusan suami-Isteri sehingga timbul perselisihan dan perceraian. Ramai muslimah menjadi janda diusia muda dari keluarga beragama kerana isu seperti ini.
Pertembungan antara kehendak suami dan ibubapa perempuan selalunya berakhir dengan perceraian.
7. Ubat bagi masalah ini ialah para isteri perlu kembali sedar bahawa tempatnya ialah disisi suami bukan pada keluarganya kerana fitrah anak perempuan akan membesar bernikah ikut suami dan maknya dulu pun begitu juga lalu menghasilkan keluarga baru dan begitulah seterusnya sunnatullah.
Sebaik-baiknya sang isteri mengasingkan diri dengan suami dari orang lain atau pihak ketiga. Fokus pada membina dan membangunkan keluarga, wujudkan Cinta, kasih sayang melalui luangan masa dan waktu yang ada.
Setahun sehingga tiga tahun pertama, isteri atau suami patut jangan ada 'komitmen' lain selain pada hubungan mereka.
Belajarlah memulakan hidup baru bersama suami dan langkah kaki ke hadapan bukan mengenang tangis keseronokan zaman silam!
Isteri Terlalu Kuat Pegangan Agama, Suami Pening Kepala....suami-isteri yang baru menikah mengadu mengalami masalah rumahtangga. Si isteri bertudung labuh, purdah dan luas pengetahuan ilmu agama
Reviewed by GEBAH
on
09:07
Rating:
No comments: