4 Cara Mengesan Suami Curang-Dr Syed Yusainee Yahya...Dalam perkahwinan tentu ada badai yang melanda lebih-lebih lagi dengan lambakan media sosial kini membuatkan ada segelintir insan
Dalam perkahwinan tentu ada badai yang melanda lebih-lebih lagi dengan lambakan media sosial kini membuatkan ada segelintir insan bernama suami yang mengambil kesempatan untuk berlaku curang.
Kaunselor, Dr Syed Yusainee Yahya berkata, bahawa terdapat empat simptom tanda-tanda suami curang.
“Pertama ialah melalui telefon pintar, jika sebelum ini suami jarang mengunci alatan tersebut namun secara tiba-tiba dia mula membawanya ke mana-mana maka tentu ada ‘sesuatu’ di situ.
“Kedua, suami sentiasa mengatakan ‘overtime’ di tempat kerja tetapi gaji tak naik pun, bila hujung bulan mengadu tiada duit.
“Selain itu, apabila suami mendakwa dia keluar malam pergi main futsal atau lepak dengan kawan-kawan tapi pakai lawa-lawa dan tidak berpeluh pun semasa balik,” katanya ketika ‘Power Talk Mingguan Wanita di Karnival Karangkraf 2017.
Karnival Karangkraf 2017 berlangsung di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf bermula pada 3 hingga 5 Mac.
Tambahnya lagi, satu simptom yang ketara juga adalah apabila sang suami mula menggunakan kad kredit tanpa pengetahuan isteri.
“Kalau tiba-tiba muncul bil kad kredit yang isteri tidak ketahui sebelum ini dan juga jumlahnya yang agak banyak sedangkan si isteri tidak pernah mendapat barangan baru daripada suami menunjukkan bahawa kes ini sudah ke tahap serius.
“Bagaimanapun, yang penting dalam rumahtangga adalah kepercayaan antara pasangan dan juga komunikasi antara kedua-duanya,jika tiada maka susahlah untuk bahagia,” katanya lagi.
Syed Yusainee mendakwa berdasarkan kajian luar negara juga menunjukkan sebab utama kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi.
“Sebanyak 48 peratus kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi terhadap pasangan sebelum dan selepas berkahwin.“Contohnya seperti kes ‘kahwin paksa’ dan juga isteri.”
4 Cara Mengesan Suami Curang-Dr Syed Yusainee Yahya...Dalam perkahwinan tentu ada badai yang melanda lebih-lebih lagi dengan lambakan media sosial kini membuatkan ada segelintir insan
Reviewed by GEBAH
on
08:57
Rating:
No comments: