hiasanPastinya wanita yang bakal begelar isteri teruja untuk menukar status  ‘puan’ selepas mendirikan rumah tangga. Namun, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum bergelar isteri orang.

1. MEMPUNYAI PENDAPATAN SENDIRI

Ada setengah wanita merasakan yang mencari duit sendiri itu tidak perlu lebih-lebih lagi jika bakal suami anda sudah stabil dan pendapatannya mencukupi untuk keluarga baru kelak. Namun, harus diingat, wanita patut menyediakan payung sebelum hujan. Walaupun jika anda berniat untuk menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin, tidak salah sekiranya sebelum anda berkahwin, anda menimba pengalaman dalam mencari pendapatan sendiri. Jika anda merasakan makan gaji tidak sesuai dengan anda, apa kata anda manfaatkan skil dan bakat yang anda anda? Menyulam, menjahit atau lain-lain. Sekurang-kurangnya, jika ada sesuatu yang tidak diingini di masa hadapan, anda sudah tahu bagaimana untuk meneruskan hidup anda dan anak-anak.

2. CUBA TINGGAL SENDIRI

Ada beza tinggal bersama keluarga dan hidup sendiri. Ibu bapa akan seboleh-bolehnya melakukan semampu mereka untuk memudahkan hidup anda. Namun, jika anda tinggal sendiri, anda boleh belajar tentang hidup pada kadar yang anda mampu dan anda juga boleh belajar untuk menguruskan hidup anda. Jika dulu anda mungkin tidak tahu mana boleh anda dapatkan harga rendah untuk barangan runcit, selepas anda tinggal sendiri, anda mungkin sudah boleh bezakan harga di barangan runcit di kedai sekitar rumah anda. Jika dulu anda tunggu ibu anda berleter sebelum anda mula mengemas, akan tiba satu masa, anda sendiri akan mengemas tanpa disuruh.

3. BERMANJA SEPUAS-PUASNYA DENGAN KELUARGA ANDA

Sebelum berkahwin inilah anda boleh bermanja sepuas-puasnnya dengan ibu bapa anda. PDA (public display of affection) dengan ibu bapa anda di khalayak ramai pun tidak salah. Bila lagi kan? Hendak tidur bawah ketiak ibu anda pun, buatlah. Bukanlah nanti anda tidak berpeluang untuk berbuat begini selepas berkahwin nanti, cuma masa dan perhatian anda akan terarah kepada perkara lain sehinggakan anda mungkin terlupa yang anda juga masih boleh bermanja dengan ibu bapa anda seperti sekarang.

4. PERGI BERCUTI BERSAMA TEMAN BAIK ANDA

Tidak kisahlah sehebat mana janji anda kepada rakan-rakan anda, selepas berkahwin nanti, dengan tuntutan kerja dan keluarga, anda pasti tidak akan dapat meluangkan masa sebanyak mana yang anda janjikan kepada kawan anda. Maka, sebelum anda bergelas 'Puan' ini, pergilah bercuti bersama rakan-rakan. Dress up or dress down, it's up to you. Yang penting, anda dapat meluangkan masa sepuas-puasnya dengan rakan anda.

5. JADI ANAK YANG BAIK

pastinya dengan perubahan status anda kelak, tanggungjawab dan peranan anda juga akan bertambah menjadi lebh ibesar berbanding sebelum ini. Anda juga mempunyai keazaman untuk menjadi isteri terbaik, solehah dan lain-lain lagi. Namun, sebelum anda melangkah ke alam rumah tangga, ambil kesempatan ini untuk menjadi anak yang terbaik untuk kedua ibu bapa anda dahulu. Tentulah hubungan kekeluargaan anda tidak akan terputus selepas anda berkahwin. Namun, perhatian dan masa yang anda ada kelak akan lebih terbatas. Manjakan mereka sebanyak yang boleh dan lapangkan hati mereka selapang-lapangnya.