Saya nak kongsikan satu kisah pasal kawan baik saya sendiri. Untuk dijadikan iktibar buat semua perempuan kat luar sana. Nilailah sendiri cerita ni. Nama-nama yang saya berikan ni semua rekaan je bagi menutup aib semua pihak.
Kawan saya Hawa, sekarang ni sedang mengalami kemurungan dan tekanan perasaan yang sangat teruk. Akibat dari tekanan perasaan tu, Hawa kelar tangan dia sendiri. Nak je saya tunjuk gambar penuh kesan torehan tu. Tapi tak apalah. Yang tahu tu tahulah.
Semuanya berpunca dari patah hati, kecewa, rendah diri dan rasa bersalah yang bercampur jadi satu. Hawa putus cinta dengan dengan Adam, lelaki yang dia kenal masa dia belajar di Pahang sampai sekarang dah masuk 5 tahun hubungan dorang.
Masa mula-mula hawa kenal Adam, Adam ni bukan ada apa-apa pun. Pergi mana-mana naik bas je. Kerja pun biasa-biasa je. Sekolah pun tak habis. Tak ada SPM. Kene buang sekolah. Tapi Hawa tak tahu semua ni masa mula-mula kenal. Adam tak cerita apa-apa. Tapi semuanya kantoi bila ex Adam, Lina yang cerita semua. Tapi Hawa tetap terima Adam. Bagi Hawa tu semua masa lalu Adam. Dia nak bina masa depan baru dengan Adam. Tinggi harapan dia.
Tapi langit tak selalunya cerah. Adam ni playboy rupanya. Banyak kali kantoi curang. Kantoi getback dengan lina. Semua tu dia buat senyap-senyap tanpa Hawa tahu. Bila kantoi mula lah janji nak berubah. Dan Hawa yang memang sayang gila kat Adam terima Adam semula dan maafkan Adam. Tapi perangai Adam tak habis kat situ, Adam masa ni menganggur. Kemudian dia ikut abang dia kerja kilang kat Selangor. Bila dah duduk sana macam terkena kejutan budaya. Mula-mula okey lagi. Still contact Hawa. Walaupun tak jumpa masih okey lagi. Mula-mula kerja duduk sana Adam ni ada juga minta pinjam duit dengan Hawa. Hawa yang masa tu masih student bagi je walaupun dia sendiri makan biskut kering sebab tak cukup duit. Tapi ada juga kadang-kadang Adam hulur bila dia dah mula stabil.
Masa cuti penggal Hawa pergi KL untuk jumpa Adam. Dan masa tulah dorang ni terlanjur. Sesuatu yang tak sepatutnya berlaku. Tapi sebab sayang Hawa relakan. Adam lelaki pertama yang sentuh Hawa. Tapi Hawa ternyata bukan yang pertama. Hawa pegang pada janji Adam untuk bertanggungjawab. Mula-mula memang okey memang bahagia.
Lepas Hawa balik semula ke Pahang, semuanya berubah. Adam mula jadi playboy. Banyak kali kantoi dan dorang bergaduh sampaikan Hawa tak boleh fokus pada pengajian dia. Kebetulan ada exam masa tu. Satu paper gagal. Tapi mujur dia dapat habiskan pengajian on time. Bila berbaik, nampaklah semuanya kembali indah. Adam pernah bawak hawa jumpa keluarga dia. Nampak serius lah masa tu.
Habis je pengajian, Hawa balik utara, masa tu langsung tak berjumpa. Dah bila langsung tak berjumpa keraplah bergaduh. Bergaduh sampai pernah berpisah. Dan dalam tempoh berpisah tu Hawa kembali kemurungan sampai dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah yang rendah dan jantung yang membengkak. Doktor kata stres. Entahlah.. So Adam bila tahu Hawa masuk hospital jadi insaf la kejap. Dia berbaik balik dengan Hawa. Tapi hubungan dorang tak rapat macam dulu. Ada je benda tak kena. Sebabkan nak elak hubungan jadi bertambah renggang, Hawa buat keputusan untuk cari keje kat KL. Dekat dengan Adam. Tapi Adam buat tak peduli je pasal Hawa sepanjang Hawa kat sana. Tak ajak berjumpa langsung.
Ditakdirkan satu haritu kantoi Adam getback dengan Lina. Itu pun dari mulut Lina sendiri yang call Hawa beritahu. Dia tak share mestilah kena beritahu Hawa supaya Hawa tinggalkan Adam. Tapi Hawa ni memang dah sayang sangat, dia tanya Adam pasal benda tu tapi Adam nafikan. Walaupun Hawa tahu Adam berbohong, dia diamkan je. Senyap-senyap menangis berendam airmata. Tapi drama tu tak habis lagi tau.
Kawan si Lina ni beritahu Hawa supaya jangan ganggu Lina dengan Adam. Dia siap cakap lagi, Adam ni beritahu dorang yang Hawa ni gila dan syok sendiri. Apa lagi bergaduh besar Adam dengan Hawa. Adam ugut nak pukul Hawa masa dorang on the phone. Siap cakap lagi dia dengan Lina memang takde apa-apa selain dari kawan. Dah kantoi pun tak nak mengaku. Hawa punyalah sedih masa tu. Terlampau sedih sampai dia nekad telan semua ubat-ubat yang ada dalam simpanan dia. Tapi mujur tak ada apa yang berlaku. Cuma dia jadi macam pening dan tidur seharian. Adam yang tahu Hawa cuba bunuh diri pergi cari Hawa dekat rumah dengan kawan-kawan dia. (Kawan Adam ni sorang dah tak berkawan dengan Adam sebab gaduh). Bila tengok Hawa okey, dorang ni berbaik balik. Bahagia kejap. Adam pun dah tak contact Lina.
Tapi dalam dia tak contact Lina dia cari skandal lain. Semuanya dalam diam je. Tapi semua tu tak pernah bertahan. Mesti akan kantoi. Hawa pulak macam biasa la mudah memaafkan sebab konon sayang. Bila Hawa tanya Adam perasaan sebenar dia, Adam akan beritahu dia memang sayang Hawa, sayang sangat-sangat. Perempuan-perempuan lain cuma stock bosan dia. Tapi dia takkan tinggal Hawa. Dan sebab kan itu juga dia beritahu dekat lelaki-lelaki yang cuba dekat dengan Hawa yang Hawa ni tak suci dah. Dia dah sentuh. Semua sebab tak nak Hawa lari dari dia. Malunya Hawa bila dapat tahu semua tu. Tapi dalam malu dia rasa bahagia.
Bagi dia, Adam betul-betul sayangkan dia. (Mesti korang akan rasa geram dengan Hawa). Adam cakap, macam mana pun dia akan jadikan Hawa isteri dia, milik dia yang sah. Dia minta Hawa bagi dia masa dan ruang. Siap cakap lagi dia berhibur kat luar tu sebab penat kerja cari duit nak kumpul duit kahwin. Bukannya Hawa membebankan dia. Adam tak ada duit, Hawa bagi. Sama-sama usaha. Tapi tulah, entah betul ke tidak cakap Adam tu. Sebabnya dia masih lagi berskandal sana sini.
Sampai satu tahap Hawa kecewa dan rasa marah, dia nekad buat laporan pasal ugutan Adam. Dia jadi marah, rasa dipermainkan. Tapi sekejap je. Adam merayu minta tarik balik laporan tu. Siap janji takkan ulang dah perangai playboy dia. Hawa yang memang bodoh (sorry Hawa) maafkan juga adam. Lama dorang bersama balik. Adam pun dah tak tunjuk perangai playboy dia. Tapi satu hal lagi pula yang dia buat. Jarang datang jumpa Hawa walaupun jarak rumah dorang ni tak sampai setengah jam pun. Tapi masih berhubungan di telefon. Ada juga masa 2 3 bulan sekali dorang keluar sama-sama.
Lepas tu Hawa pindah rumah. Menyewa sendiri. Masa ni tiap-tiap hujung minggu Adam akan datang tidur rumah Hawa. Dah tidur sana buat lagi. Macam suami isteri. Tapi sekejap je bila Hawa dapat housemate, housemate dia minta tak nak lelaki masuk. Hawa pun nak tak nak setuju je. Lepas tu Adam dah tak datang. Dan tak jumpa Hawa juga. Susah betul bila Hawa ajak keluar. Mesti cakap penat atau pergi memancing dengan abang dia. Masa untuk Hawa memang langsung tak ada. Mulalah bergaduh balik. Nak pula Hawa dapat tahu Lina ada contact Adam. Hawa jadi marah sebab Adam janji takkan contact Lina dah masa tu. Adam beriya cakap cuma kawan.
Tapi Hawa ni dah fobia dengan masa lalu dia. Dia takut benda yang sama berulang. Dia jadi pemarah dan rasa tak secure sangat. Jadi tak percaya dengan Adam. Jadi dorang mula renggang. Hawa yang memang trauma buat keputusan naik balik laporan dia sampai la benda ni sampai kat pengetahuan mak Adam. Mak mana tak sayang anak kan? Mesti la dia tak nak anak dia kena penjara jadi mak dia call Hawa pujuk untuk tarik balik laporan tu. Mak dia siap janji akan masuk lamar Hawa. Adam pun janji akan bertanggungjawab. Siap cakap dia rasa berdosa sangat dengan Hawa. Dalam kelat-kelat paksa dan dalam rasa sayang yang menggunung, Hawa tarik balik laporan untuk kesekian kalinya. Koyak semua laporan. Buang tak nak dah ingat.
Tapi malang betul nasib Hawa. Lepas je laporan ditarik, Adam hilangkan diri. Hawa call , whatsapp langsung tak reply. Hawa cuba call mak Adam, mak Adam ni beritahu telefon Adam rosak. Walaupun Hawa geram, dia diamkan. Dia call lagi Adam tapi berbunyi. Cuma tak berjawab. Then satu hari tu Hawa buka fb Adam. Sesuatu yang memang menyentapkan Hawa bila tengok ada satu post dari Abang Adam ni cakap Adam single. Sesiapa nak try bolehlah". Lebih kurang macam tulah. Hawa cuba call mak Adam tapi dah tak berangkat. Banyak kali dia try. Tak angkat-angkat.
So Hawa dah mula kemurungan start haritu. Dia marah geram sedih kecewa. Dan dia kelar tangan dia sendiri. Abang dengan Kakak ipar Hawa ni cuba bantu, call Adam. Tapi tak angkat. Call mak Adam pun tak angkat. Berpuluh-puluh call tapi memang tak angkat. Nampak yang diorang ni memang nak elakkan diri. Jadi yang tinggal merana seorang diri Hawa ni jelah. Kemurungan. Sedih. Kecewa. Dia masih hidup lagi. Tapi dah tak macam dulu. Kesian, tapi nak buat macam mana. Adam lari dari janji dia nak bertanggungjawab. Mak dia pun mungkir janji. Sebelahkan anak dia yang memang buat salah.
Semoga Adam tu berbahagialah lepas buat orang lain menderita. Saya ceritakan kisah ni bukan nak malukan sesiapa cuma nak bagi pengajaran dekat kawan-kawan perempuan kat luar sana. Jagalah maruah diri. Jangan sesekali percayakan janji lelaki. Kelak diri yang merana. Lelaki okey je, tidur dengan ramai mana perempuan pun, kalau mengaku teruna orang percaya. Bukan ada bukti. Tapi perempuan? Fikir sendiri lah. Kalau orang bagi nasihat cubalah dengar. Jangan jadi macam Hawa. Masa mula-mula perkenalan dia dengan Adam, dah ramai yang nasihat dia jauhkan diri dari Adam. Semuanya kenalan Adam. Dorang beritahu Adam ni playboy. Suka tukar-tukar perempuan.
Tapi Hawa tak nak dengar sebab sayang. Sekarang semua dah terlambat. Tapi saya taknak salahkan Hawa. Saya tak boleh selam hati dan perasaan dia. Tak tahu apa yang dia sedang dia lalui. Semoga dipermudahkan segalanya buat dia. Hari ini hari dia, esok-esok sape tahu. Semoga Adam dapat balasan yang setimpal atas perbuatan dia. Sekian.

Derita Seorang Wanita
Reviewed by GEBAH
on
10:48
Rating:
No comments: