Buah epal sememangnya terkenal sebagai buah pilihan kudapan pencuci mulut ataupun diminum sebagai jus. Selain rasa yang lazat, ‘buah mahal’ ini nyata memberi khasiat untuk kecantikan tubuh badan.
Dan yang paling mengejutkan, buah epal juga dikatakan memberi manfaat dalam hubungan intim suami isteri. Menurut kajian daripada Jurnal Archives of Gynaecology and Obstetrics, pengambilan buah epal setiap hari dapat meningkatkan ghairah seksual seseorang wanita.
Dalam kajian ini seramai 731 wanita Itali berusia antara 18 hingga 42 tahun telah diminta untuk melaporkan corak pemakanan mereka yang ada kaitan dengan pengambilan buah epal secara teratur selama satu tahun bersama catatan aktiviti dan kepuasan hubungan intim mereka bersama pasangan.
Kajian ini menemukan bahawa seramai 343 wanita yang mengambil buah epal setiap hari mempunyai kepuasan dan peningkatan ghairah yang tinggi ketika melakukan hubungan intim bersama suami.
Penyelidik kajian ini berpendapat, perkara ini terjadi disebabkan oleh buah epal kaya dengan zat phloridzin yang dikatakan hampir sama dengan hormon hubungan intim bernama estradiol yang memiliki peranan besar dalam hal-hal yang boleh merangsang ghairah.
Malah buah yang kaya dengan sumber antioksidan dan polifenol ini jika diambil secara teratur boleh menjadi salah satu kunci untuk wanita mendapatkan hubungan intim yang sihat dan aktif.
Ini kerana buah epal bertindak dalam membantu meningkatkan pengaliran darah ke vagina, sekali gus memberi manfaat untuk memudahkan wanita mencapai kepuasan orgasme.
Untuk mendapatkan kenikmatan hubungan intim yang luar biasa bersama suami tercinta, pastikan setiap wanita menjadikan buah epal sebagai kudapan harian anda bermula hari ini.