Rata-rata wanita berhijab kini menggayakan sanggul setinggi KLCC. Selagi tidak tinggi selagi itulah penampilan dirasakan kurang menarik. Maklum sahaja, nak bergaya sanggup lakukan apa sahaja asalkan tampak cantik. Jika kena gaya sanggul yang dikatakan sanggul Arab ini, cara lilitan tudung yang digayakan juga akan terletak elok di kepala.
Namun jangan fikir hanya nak cantik sahaja tanpa mengetahui hokum sebenar bersanggup bagai bonggol unta ini. Entri ini boleh menjelaskan persoalan yang perlu difahami tiap wanta berhijab
Hadis Nabi s.a.w ada meriwayatkan tentang pemakaian tudung seperti bonggol unta. Maksudnya:
“Akan muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.” - Hadis riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia iaitu golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini.” - Hadis riwayat Muslim. Hadith no 212
Semua jenis tudung boleh dipakai asalkan menutup aurat dan labuhnya melebihi paras dada. Ini adalah ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-Quran dan ajaran Islam. Larangannya adalah apabila memakai tudung tapi menampakkan batang leher dan memakai t-shirt berlengan pendek yang menampakkan aurat pada lelaki ajnabi (leher, seluruh tangan ialah aurat kecuali pergelangan tangan).
Sanggul yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah rambut yang diikat tinggi seperti bonggol unta dan bukannya sanggul dalam tudung dan bonjolan tudung yang dipakai.
Sebenarnya bab bonggolan ini ada khilaf antara ulama. Sesetengah ulama memaksudkan hadis nabi tentang bonggol unta kerana perempuan Arab pada zaman dahulu tidak bertudung dan saling meninggikan bonggolan (rambut) mereka.
Muslimat yang sememangnya berambut panjang kemudian mengikatnya serta memakai tudung dan menyebabkan nampak ada sedikit bonjolan di belakang bukanlah seperti yang dimaksudkan oleh hadis tersebut kerana ia bukanlah perbuatan yang disengajakan.
Pemakaian tudung adalah diwajibkan kepada semua wanita Islam untuk melindungi aurat mereka dari dilihat oleh kaum lelaki agar tidak diketahui mereka itu berambut kerinting, pendek, lurus, atau panjang. Apabila ada bonggolan tinggi seolah olah kita telah mendedahkan perkara yang ingin disorok.
Rambut palsu atau sanggul adalah dilarang oleh Islam, tidak kiralah sama ada diperbuat daripada rambut asli ataupun rambut tiruan. Meskipun tidak tersambung langsung dengan rambut asal akan tetapi sanggul atau wig tersebut akan membuatkan rambut si pemakai akan kelihatan lebih panjang dari yang sebenarnya sehingga serupa dengan menyambung rambut.
Rasulullah s.a.w melaknat wanita yang menyambung rambutnya (memakai cemara) dan wanita yang meminta untuk disambungkan rambutnya. Muslimat yang sememangnya berambut panjang kemudian mengikatnya serta memakai tudung dan menyebabkan nampak ada sedikit bonjolan di belakang bukanlah seperti yang di maksudkan oleh hadis tersebut kerana ia bukanlah perbuatan yang di sengajakan dan menipu dari kejadian asal.
Mendandan rambut dengan menarik hanya untuk suami sahaja, itu adalah yang sepatutnya. Jika seorang suami memandang isteri yang berambut cantik dan mendatangkan keseronokan atau kebahagiaan di hatinya, maka ganjaran pahala menanti isteri tersebut. Wallahu Taala A’lam.
No comments: