Lelaki, Tolonglah Belajar Dulu Tentang Sifat & Psikologi Perempuan Sebelum Berkahwin



Kenapa si suami sanggup pijak isteri sendiri sampai mati?

Seriau pulak rasanya bila terbaca satu berita dalam suratkabar semalam. Seorang wanita yang bekerja sebagai kerani akaun di salah sebuah hotel di Klang mati dipijak suami sendiri!

Doktor yang merawat wanita tu sendiri cakap dia tak pernah lagi lihat kecederaan yang sedahsyat itu pada tubuh badan seorang wanita. Banyak organ dalaman wanita tu hancur katanya! Pengalaman saya sendiri pun biasanya pesakit yang datang dengan organ yang hancur ini disebabkan kemalangan je. Tu pun biasanya satu dua organ dalaman saja yang hancur disebabkan impak kemalangan yang kuat.

Saya pun carilah lagi kes pembunuhan isteri oleh suami sendiri. Ya Allah! Banyaknya! Tetapi yang paling menyayat hati adalah:

• 15 April 2009
Si isteri ditikam mati oleh suaminya yang bekerja sebagai posmen lepas isterinya cuba tuntut cerai. Si suami dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

• 17 April 2012
Si isteri mati ditindih dan dicekik suami sendiri hanya kerana bergaduh tentang surat saman. Si suami akhirnya dihukum 12 tahun penjara.

• 25 Mei 2016
Si isteri mati dibakar suami sendiri. Kejadian berlaku kat area Seberang Perai, Pulau Pinang. Si suami yang kejam ini dijatuhi hukuman mati.

• 26 Julai 2016
Si isteri dibunuh di sebuah rumah flat di Sentul, Kuala Lumpur oleh suaminya sendiri yang bekerja sebagai juruteknik air-cond.

Semua kes ini buat hati saya jadi hiba sangat. Bayangkan cinta dua jiwa yang diikat oleh sebuah ikatan perkahwinan akhirnya berakhir dengan pembunuhan. Sebab itulah saya selalu nasihat member lelaki saya. Tolonglah belajar dulu sifat dan psikologi perempuan sebelum berkahwin. begitu juga perempuan, tolonglah belajar dan amik tahu sifat dan psikologi lelaki. Barulah komunikasi antara pasangan akan lancar dan sikap saling berburuk sangka boleh dielakkan.

Kali ini saya nak bagi tips untuk Kaum Adam dulu ye. Untuk Kaum Hawa saya akan ajar di artikel yang berikutnya. Sebelum kahwin, yang lelaki sepatutnya dah tahu bahawa perempuan ni:
  • Emosinya boleh berubah tanpa amaran. Lebih-lebih kalau tengah kena Pre-Menstrual Syndrome. Masa inilah si wanita akan tiba-tiba kena mood swings. Masa ini jugalah mereka akan tiba-tiba mengalami kesedihan dan depresi tanpa sebab yang jelas
  • Wanita sangat suka dipuji pasangan sendiri. Kadang-kadang itu si suami kenalah ambil masa untuk puji masakan dan penampilan si isteri. Isteri yang tak reti masak tiba-tiba boleh bertukar jadi Master Chef bila diberikan galakan dan pujian oleh suami sendiri
  • Wanita sukakan lelaki yang boleh melindungi. Tak kiralah daripada segi fizikal, emosi ataupun kewangan. Sebab itu lelaki jangan emosi tak tentu pasal kalau perempuan tanya bab duit. Kebanyakan wanita bukan materialistik tetapi mereka nak suami yang boleh menjaga makan minum mereka dan anak-anak dengan baik
  • Wanita ini bila marah diorang akan membebel. Kadangkala menyakitkan hati tapi sebenarnya diorang tak maksudkan pun apa yang mereka bebelkan tu. Sebab itu lelaki tak boleh ambil hati sangat dengan bebelan wanita. Banyakkan senyum dan angguk je bila diorang membebel ye
  • Wanita mempunyai kebolehan untuk mengingati hal-hal yang dianggap remeh bagi lelaki. Contohnya tarikh ulangtahun perkahwinan, nombor telefon Wow Shop, berat badan lahir ( birth weight ) anak anak, tarikh harijadi anak-anak dan lain-lain

Sebenarnya banyak lagi sifat istimewa seorang wanita. Kita yang lelaki ini janganlah pula mengeluh sebab susah nak faham wanita. Memang wanita ini dicipta untuk melengkapi sifat lelaki. Lelaki kan cepat bosan sebab itulah Tuhan ciptakan wanita ini susah difahami. Jadi si suami itu akan sentiasa merasa tercabar untuk memahami sifat pendamping hidupnya itu sampailah ke akhir hayat si dia.

P/ S : Indahnya hidup jika saling memahami, kan? Jangan lupa kongsikan ilmu ini pada semua lelaki yang korang kenal ye. Tak kisahlah ayah ke suami ke abang ke. Bagi saya semua lelaki kena tahu ilmu berkaitan wanita ini. Barulah hidup berumahtangga makin harmoni, indah dan menceriakan.
Lelaki, Tolonglah Belajar Dulu Tentang Sifat & Psikologi Perempuan Sebelum Berkahwin Lelaki, Tolonglah Belajar Dulu Tentang Sifat & Psikologi Perempuan Sebelum Berkahwin Reviewed by GEBAH on 05:53 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close