Lelaki Kena Faham Bila Perempuan Period, 'Perempuan Mana Pernah Salah' Itu Bukanlah Satu Mitos


A week (time of period) itu generalization saja, sebab ada sesetengah perempuan mengambil masa yang lama sikit. Jadi, berikanlah perhatian sikit pada masa si dia period dan ambil tahu apa yang diperlukan.
Lelaki Kena Faham Bila Perempuan Period, 'Perempuan Mana Pernah Salah' Itu Bukanlah Satu Mitos

Betulkan kalau salah, tetapi berdasarkan pemerhatian, perempuan ini menjadi kuat marah, kuat melenting semasa pre-period. Dan masa pre-period ini juga, nafsu makan mereka menjadi melampau-lampau. Kemudian, masa period pula adalah masa mereka mudah terasa dan sedih. 

Kalau si dia menjadi extra clingy, extra jealous, extra lapar semasa dia sedang period, layankan saja. Bukan susah mana pun. Perempuan semasa period, tak payahlah lelaki nak ikut mudah terasa dia, mudah marah dia. Dia jadi api, yang lelaki jadilah air. Make it simple. 

Ini tidak, masa si dia tengah periodlah, kau pula sibuk nak period juga. Bila dia suruh blah, yang lelaki pula blah betul-betul, apa hal? Bodoh. 
"Emosi pula aku, seolah-olah aku yang nak period..."

Tetapi itulah, kalau kau rasa makwe kau period adalah satu masalah bagi kau, nampaknya kau yang memang bermasalah sebenarnya. Semasa makwe kau period inilah kau kena faham betapa "Perempuan mana pernah salah" itu bukanlah satu mitos. 

Dia nak kau selalu ada dengan dia tetapi bila kau selalu ada dengan dia, dia jadi rimas sikit. Jadi, dia suruh kau jangan kacau dia. Tapi bila kau tak kacau dia, tak contact dia, dia jadi marah. Jadi, dia akan bertanya, 

"You ada orang lain ke atau you dah tak sayangkan I?"

Masa period ini, perempuan memang akan menjadi oversensitive, overreact, overthinking, overprotective. Tetapi relaks, it's just for a week. Kerana itulah, pentingnya untuk kau tahu bagaimana kitaran haid perempuan berlaku supaya kau tak jadi si bodoh yang mencari pasal pada waktu itu.- Oleh Abidin Bidin
Lelaki Kena Faham Bila Perempuan Period, 'Perempuan Mana Pernah Salah' Itu Bukanlah Satu Mitos Lelaki Kena Faham Bila Perempuan Period, 'Perempuan Mana Pernah Salah' Itu Bukanlah Satu Mitos Reviewed by GEBAH on 08:14 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close