Kongsikan Doa Untuk Elak Sihir Tafriq ( Pemisah Suami Isteri ). Semoga Membantu Pasangan Yang Memerlukan...
Assalamulaikum.. Sihir tafriq adalah sihir yg digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.
"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)
Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (Surah Najm: ayat: 58)
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).
Kongsikan Doa Untuk Elak Sihir Tafriq ( Pemisah Suami Isteri ). Semoga Membantu Pasangan Yang Memerlukan...
Reviewed by GEBAH
on
08:28
Rating:
No comments: