Adakah anda perasan bahawa setiap kali selepas pemanduan, terdapat batu-batu kecil yang tersepit pada tayar kereta?
Semasa melakukan penyelenggaraan kereta, kebanyakan orang tidak akan mempedulikan batu-batu kecil tersebut. Namun begitu, tahukah anda bahayanya apabila batu-batu kecil itu dibiarkan sahaja di dalam tayar kereta?
Seperti yang diketahui ramai, bunga pada tayar kereta memastikan bahawa kereta tidak tergelincir semasa hari hujan. Apabila terlalu banyak batu-batu kecil tersepit antara bunga tayar, suatu bunyi yang kurang menyenangkan akan terhasil. Akibatnya, cengkaman tayar menjadi lemah pada hari hujan atau salji sehingga kemungkinan kereta tergelincir di jalan raya amat tinggi.
Selain itu, batu-batu kecil yang tajam itu boleh menembusi tayar menyebabkan tayar bocor malah merosakkan rangkaian wayar kumia di dalam tayar hinggalah tayar pancit. Keadaan ini amat berbahaya kerana kereta boleh gagal dikawal sehingga membawa kepada kemalangan jalan raya.
Sungguhpun kebanyakan batu kecil ini akan terkeluar sendiri apabila anda memandu namun masih ada yang tersepit di celah tayar justeru membahayakan nyawa pemandu dan penumpang. Oleh itu, sentiasa ingat untuk mengeluarkan batu-batu kecil yang tersepit pada tayar demi keselamatan diri dan orang lain.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
No comments: