Terngiang-ngiang dekat kepala aku siapa yang sanggup buat dekat isteri aku macam itu. Dia bukan selalu keluar rumah. Berkawan pun tak ramai. Semua aku kenal. Senang cakap tak ada musuh lah.
Selepas ustaz membaca-baca surah-surah Al-Quran dia arahkan Isteri aku untuk kebilik tamu dengan diiringi isteri ustaz dan aku. Ustaz stay baca-baca diruang tamu. Irene disuruh tanggalkan bajunya. Isteri Ustaz mengetuk-ngetuk belakang Irene dengan daun bidara. Terkejut aku dan Irene bila nampak serbuk kaca, miang buluh penuh atas kain putih di depan Irene yang keluar dari tubuhnya. Selepas itu isteri ustaz menyuruh Irene minum air penawar untuk membuang bisa sihir.
Setelah itu, kami dibekalkan dengan air penawar dari ustaz dan juga garam kasar. Ustaz menyuruh aku menabur garam kasar di setiap penjuru rumah dan pintu rumah. Kalau ada masa dia akan melawat rumah kami kerana dia kata ada benda yang dia kena buang dalam rumah kami barulah semua gangguan hilang. Tetapi yang ada dalam badan Irene sudah hilang.
Ustaz berkata yang dia hanya membantu, yang menyembuh tetap Allah dan dia juga mengingatkan kami untuk tidak meninggalkan solat fardhu dan kalau boleh rajinkan bertahajjud dan mengaji. Irene rasa badannya ringan dan tidak sakit-sakit lagi selepas berubat dengan Ustaz tersebut.
Setelah berubat barulah Irene bercerita kepadaku yang sepanjang masa aku tidak ada dirumah, sama ada outstation atau kerja, dia sering diganggu oleh jin dan syaitan. Dia sering ternampak makhluk hitam berbulu dan besar dudul berlegar-legar diruang tamu ketika dia sibuk di dapur. Ada juga dia terlihat kelibat mak long terapung-rapung di luar tingkap rumah kemudian merenung dia tajam dan menghilang.
Dia berasa tertekan kerana sering diganggu siang dan malam, cumanya dia tidak mahu menceritakan kepadaku perkara ini kerana takut dia aku tuduh dia nak melaga-lagakan aku dengan mak dan maklong aku. Ada suatu masa tu akibat sering diganggu, dia sudah tidak berani untuk duduk dalam rumah.
Sengaja dia tunggu didalam kereta sampai aku balik dari kerja. Dan ada kalanya dia mendengar bisikan halus agar dia terjun sahaja dari rumah ini supaya hilang semua masalah gangguan dan sakit yang dia alami ini. Namun dia teringat pesan aku kat dia, “Orang yang bunuh diri tak masuk syurga sayang”. Akibat terngiang-ngiang nasihat dan kata-kata aku ini, dia banyak menyebut nama Allah. Dan membatalkan niat bodohnya itu.
Sejak mendengar cerita Irene, hatiku berasa luluh dan perit. Baru aku teringat yang Mak Long dan mak ada datang ke rumah kami dulu. Dan selepas kehadiran diorang, Irene diganggu macam-macam namun yang peliknya aku sekali pun tidak diganggu. Jelas sihir ini ditujukan hanya untuk isteriku.
Ya Allah sedihnya bila terfikir sanggup mak sendiri ingin merentap kebahagiaan anaknya. Tapi aku tak salahkan mak aku totally, sebab aku tahu siapa Mak Long. Aku tahu mak long memang dengki dengan anak-anak mak aku dan mak aku sendiri. Sebab itu dia menghasut mak aku agar menyihir isteri aku dengan bantuannya agar kehidupan keluarga kami porak-peranda.
Lantas aku mencapai telefon dan menelefon Mak aku:
Aku: Assalamualaikum mak… Sihat ke?
Mak: Haa Daus. Waalaikumsalam. Sihat. Ada apa ni?
Aku: Mak, Daus dah jumpa Ustaz.. hmmm..sampai hati mak dengan mak Long.
Mak: sampai hati apa? Kau kenapa ni Daus?
Aku: Mak… ustaz dah bagitahu Daus.. (Aku tipu,padahal ustaz tak bagitau siapa yang buat).
Mak: Dah tau lah ni ye? Padan muka. Aku kalau aku tak suka, aku tak suka! Aku nak dia mati! Tutt..tut..tut..
Panggilan aku dimatikan. Aku taktahu nak bagi reaksi macam mana. Mak aku sendiri mengaku dia sihirkan isteri aku, menantu dia. Mak aku dah termakan hasutan syaitan jin dan syaitan manusia (Mak Long). Aku sedih. Aku meraung sekuat-kuatnya. Air mata menitis tanpa aku sedari. Dengan tidak semena-mena, tangan aku direntap lembut oleh Irene yang sudah siap bertelekung, mengajak aku untuk bersolat Jemaah.
Aku pandang wajahnya yang pucat itu, aku meraung lagi, menangis mengenangkan nasib yang terpaksa ditanggung oleh isteri aku. Berkali-kali aku meminta maaf daripadanya kerana perlakuan orang tua ku. Kepala aku diusap lembut sedang aku meletakkan kepala di ribanya yang sarat mengandung.
Sejak dari hari itu aku sudah tidak menghubungi mak aku. Hanya ayahku sering aku jumpa di kedai makan dan mesej setiap hari. Aku tahu aku berdosa. Tetapi mengenangkan apa yang dibuatnya kepadaku. Aku lebih rela menjauhkan diri dari aku berasa benci kepada mak sendiri.
Masa sedang 9 bulan mengandung, Irene berasa terlalu rindukan mak dan ayahnya di Sarawak. Dia meminta kebenaran untuk bersalin dan berpantang di Sarawak. Aku bukan tak setuju. Cuma ketika itu dia sudah tidak boleh menaiki penerbangan kerana usia kandungan sudah 9 bulan ditambah keadaan kesihatannya yang sudah teruk. Irene hanya mampu terseyum lemah dan menangis perlahan.
Melihat mukanya yang pucat, aku rasa sangat sedih dengan keadaan itu dan berjanji dengan dia untuk bawa dia pulang ke Sarawak selepas dia bersalin nanti.
Selang beberapa hari, Irene dimasukkan ke ward Hospital kerana air ketuban sudah bocor dan dia ada bleeding yang banyak kat rumah. Aku jadi tak tentu arah memikirkan keadaan isteri aku. Dua minggu juga dia dimasukkan ke ward.
Dan dua minggu juga aku ulang alik dari tempat kerja ke hospital. Tak sempat untuk rehat di rumah. Balik di rumah pun sebelum subuh untuk mandi dan pakai baju kerja. Aku lebih rela stay di hospital kerana risaukan keadaan isteri aku yang sakit.
Ketika di hospital:
Irene: Bang, bukaan tak ada lagilah. Saya risau harini baby kurang bergerak.
Aku: Hello baby..letih kee (membisikkan di perut isteriku)
Irene: Bang, boleh tak bagitau doctor baby tak bergerak, saya tak sedap hati lah bang.
Aku: OK. Jap abang pergi jumpa nurse.
Setelah aku explain kat nurse, nurse pun memanggil doctor check isteri aku. Aku diminta keluar dari kubikel katil isteri aku untuk doctor check Irene. Usai memeriksa, doctor datang kearahku.
Doktor: Bayi awak lemah. Kena operate ASAP. Sebab tak ada bukaan langsung. Tapi 50-50 sebab isteri awak baru lepas pendarahan yang banyak. Hope you can understand
Ya Allah. Apa lagi dugaan yang aku dapat ni. Namun aku hanya berserah 100% kepada Allah. Aku menahan air mata dari keluar, aku masuk jumpa Irene.
Aku: Sayang..doktor nak kena operate..baby dah lemah..
Irene: Tahu abang, nurse dah bagitau. Nasib baik naluri Irene kuat kan abang..
Aku: Itulah. Kita serah semuanya kat Allah ye sayang
Irene: Ye abang. InsyaAllah tak da apa-apa Irene pecaya anak kita ni kuat macam mamanya.hehe
Aku hanya mampu tersenyum melihat wajah isteri aku yang pucat ketika itu. Di dalam fikiran aku risaukannya dan terngiang perkataan ’50-50’ yang doctor sebut tadi. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi.
Ustaz Norman: Assalamualaikum Daus, kamu kat mana?? (Ustaz agak cemas)
Aku: Waalaikumsalam Ustaz, ada di hospital, ada apa ustaz?
Ustaz Norman: Tak ada apa.. Isteri kamu macam mana??
Aku: Isteri saya nak kena operate dua jam lagi ustaz..bayinya dah lemah
Ustaz Norman: Astagfirullahhalazim.. Daus aku ada mimpi.. ada orang buat lagi isteri kau agar tak buka jalannya daus.. Aku dah cuba halang dari jauh daus. Tapi orang tu still menyerang lagi.. Kamu buka loudspeaker.. Letak handphone berdekatan isteri kau.
Aku: Ya Allah.. baik ustaz
Setelah Ustaz Norman membaca-baca ayat Al-Quran aku lihat cermin tingkap belakang katil isteri aku bergoyang-goyang dan seperti dilanggar sesuatu. Habis sahaja ustaz membaca doa, ustaz arahkan aku membaza beberapa potong ayat dari Surah Al-Baqarah, Tiga Qul, Ayatul Kursi serta beberapa ayat lain yang aku sudah lupa dan tiupkan di ubun-ubun kepala isteri aku.
Aku catat segala ayat yang aku kena baca tu, kemudian aku keluarkan Al-Quran dan baca kemudian aku tiupkan ke ubun-ubun isteri aku. Selepas saja aku buat macam tu. Terus bergolek-golek baby dalam perut Irene. Seperti terlepas dari ikatan. Terus happy dibuatnya Irene bermain-main dengan baby kami. Alhamdulillah.
Dua jam selepas itu, nurse datang untuk menyiapkan Irene sebelum dibedah. Dia ditolak masuk ke wad bedah. Aku hanya dibenarkan menunggu diluar pintu bilik. Dengan perasaan resah bercampur marah dek kerana memikirkan si syaitan manusia itu mahu menyakiti isteri ku lagi. Aku menelefon Ustaz Norman kembali.
Aku: Assalamualaikum Ustaz..boleh cakap sebentar?
Ustaz: Waalaikumsalam. Boleh daus. Kau dah buat ke apa yang aku suruh tadi?
Aku: Dah ustaz. Dah ok. Anak terus bergerak-gerak.Alhamdulillah. Tapi nak tanya, orang yang sama ke hantar Ustaz?
Ustaz: Alhamdulillah. Ye orang yang sama Daus. Tapi jangan risau ustaz dah halang dari jauh..
Aku: Ustaz, tak boleh ke hantar balik benda tu kat dia? Bagi dia kena balik apa yang dia hantar kat orang? (Tanyaku yang dikuasai perasaan marah).
Ustaz: Astaghfirullahalazim Daus.. Tak eloklah macam tu. Kamu berdoa lah agar orang yang buat ni insaf dan doalah agar Allah melindungi kamu dan keluarga kamu. Tak elok jahat dibalas jahat.
Aku: Hmmm.. minta maaf ustaz..Mungkin saya dikuasai Syaitan tadi.haha
Ustaz: Kalau ada apa-apa kamu call sahaja Ustaz ye. Assalamualaikum
Setelah beberapa lama aku menunggu di luar bilik bedah, aku dah inform ayah Irene yang Irene nak bersalin dan bagitahu ayah aku juga. Mak aku ada menelefon aku, tapi aku tak angkat sebab aku takut dia datang ke sini, macam-macam pula jadi nanti. Selang beberapa minit aku lihat beberapa orang nurse keluar dari bilik bedah dan seorang nurse datang kepadaku mengucapkan tahniah kepadaku kerana dapat baby girl.
Tapi anak aku belum boleh aku lawat sebab ada sedikit masalah pernafasan dan diletakkan di incubator (kalau tak silap la apa nama benda tu) untuk diberi bantuan pernafasan. Nurse tu kemudian mengarahkan aku masuk melawat isteri aku. Aku lihat nurse tu bercakap macam nak tak nak je dengan aku. Sombong kot. Tak apa aku biarkan…
Perasaan aku ketika itu Ya Allah syukurnya anak aku selamat dilahirkan. Aku tak sempat pun fikirkan keadaan isteri aku. Sedang aku menapak ke arah bilik bedah itu dan pakai baju ala-ala doctor dan mask tu, seorang doctor lelaki menarik aku ke tepi.
Doktor: Encik ni suami Puan Irene ke?
Aku: Ya saya.Kenapa doctor?
Doktor: Hmmm.. macam mana nak cakap eh.. Isteri awak bleeding banyak.. kita dah cuba stop bleeding dia semua. Tapi encik ingatlah ye. Ajal dan maut di tangan Allah. Saya harap Encik bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Aku:….. A..a..a..Allah….
Terduduk aku dekat depan doctor tu. Doctor tu cuba papah aku. Dunia aku kelam masa itu. Aku mula faham apa maksud doctor tu. Aku jeling ke arah isteri aku yang paling aku cintai, lemah, senyap, ditutup dengan selimut. Aku tak pernah rasa macam tu. Seperti jantung aku direntap dengan kuat selaju-lajunya..
Aku tak bersuara, hanya air mata ,menitik-nitik turun membasahi pipi.
Aku melangkah perlahan-lahan kearah isteri aku..Aku rasa macam isteri aku hidup lagi. Ini semua lakonan..Semua teori gila aku keluar dalam fikiran aku menidakkan pemergian insan tercinta yang hilang sekelip mata dalam hidup aku. Baru tadi aku bersembang dengan dia.. Aku tak mampu membuka selimut yang menyelubungi isteri aku, Irene. Sebab dalam hati aku, masih kuat mengatakan isteri aku masih hidup dan dibawah selimut ni orang lain.
Tapi hampa, dugaan Allah yang Maha Besar ini aku rasa sangat kuat untuk hamba sekerdil aku ini. Separuh nyawaku pergi. Terbit kembali segala memori-memori aku dengan Irene. Pertama kali aku berjumpa dengan dia di medan selera, memori kami berhujan di pasar tani, memori kami shopping baju anak kami yang masih dalam perut. Sedih.. pedih.. namun aku lalui dengan penuh rasa redha.
Aku tahu Allah lebih sayangkan Irene.. Tiga tahun lebih usia perkenalan kami, dan dua tahun lebih usia perkahwinan kami. Tetapi ianya tidak tamat disini. Tunggu abang disyurga sayang.. Abang tahu sayang syahid, dan dijemput Allah dalam keadaan mulia. Dalam nikmat iman dan hidayah dariNya.
Jangan risau, abang akan jaga anak kita dengan elok semampu yang abang boleh lakukan. Tidak sekali abang akan duakan cinta abang kepada sayang kerana ‘KASIH KEPADAMU TAK BERBELAH BAGI’.
———————————————————————————————————————————–
Tamatlah kisah yang diceritakan Daus kepada aku dalam Whatsapp. Memang panjang lebar dia tulis, Cuma aku sampaikan dan susun cerita agar mudah difahami semua. Aku Danial, tak menokok tambah langsung cerita yang dia cerita kat aku. Dan aku mendapat kebenarannya untuk share kisahnya ini. Tak kisahla dimana dia kata. Untuk pengajaran..Sedihnya tuhan sahaja yang tahu. Ya Allah.
Aku dengar sekarang Daus dah berpindah dari KL dengan anaknya yang baru berusia tiga bulan (saat aku menulis cerita ini). Aku dengar dia pindah ke Sarawak, jauh dari Mak, jauh dari Mak Long nya. Dia juga dibantu oleh ayah Irene untuk menjaga anaknya.Dia juga ingin memulakan perniagaan sendiri disana..
Good luck aku ucapkan kat kau bro. Aku tau kau tabah. Sedih aku baca ayat last whatsapp kau kat aku.
“Dan, aku tak kuat Dan, aku nampak ja kuat.haha. Aku kesian kat anak aku, tak sempat jumpa mak dia”
“ Dan, aku nak namakan anak aku sempena nama isteri aku la, Nur Irene Dalishah”
“Sebab muka dia macam muka arwah, YA ALLAH RINDUNYAA… doakan aku Dan..my bro”
Sesungguhya Allah lebih berkuasa dari sekalian makhluk
Sentiasalah berdoa agar keluarga kita terlindung dari ancaman sesama makhluk.
Ingatlah, cintai isteri anda, kerana dia adalah penemanmu di dunia, dan diakhirat.
Wallahualam
Sumber : Danial
Sampai Hati Mak Dan Mak Long Buat Saya Macam Ini Part 2, Isteri Di Sihir Sehingga Meninggal Dunia
Reviewed by GEBAH
on
06:49
Rating:
No comments: